Monday, May 24, 2010

UMAT ISLAM KENINGAU SUARAKAN RASA

Pungutan suara bantahan kehadiran Inul rancak dijalankan bagi menyatakan bantahan kepada bentukhiburan yang merosakkan itu di Keningau. "Kenapa baha kau nie, mahu datang sini", "Bikin sakit iman saja" dan banyaklagi suara-suara yang keluar dari para jamaah yang hadir dalam solat Jumaat baru-baru nie. Dalam hati kecil saya menyatakan bahawa masih ada rasa BENCIKAN MAKSIAT dalam diri pada jamaah walaupun semuanya maklum bahawa bumi Keningau yang banyak dengan pusat hburan seperti itu. Hari itu, bantahan dibuat dalam bentuk meurunkan tandatangan, solat hajat serta khutbah Jumaat pada hari itu juga menyentuh tentang bahaya budaya hiburan yang melampau ini.


TANDATANGAN BANTAHAN DIBUAT

SOLAH HAJAT

KULIAH JUMAAT DIJALANKAN BAGI MENYATAKAN KEPENTINGAN PERKARA INI DIHALANG

Peristiwa hitam Ribut Gred yang tidak sedikit meragut nyawa manusia kini menjadi mimpi buruk bagi masyarakat Keningau. Semua maklum apakah puncanya...mahu diulang lagi...itulah antara luahan rasa mereka. Tak mustahil bala yang sama akan datang menjengah masyarakat Keningau untuk lai seterusnya. Pasti ada yang menyebut "palis-palis" yang bermaksud mintak simpang la jauh-jauh apabila kata-kata ini diucapkan.

Bukankah semua ini sudah diberikan amaran oleh Allah. Sebagai seorang muslim dan warganegara Malaysia, diharapkan aktiviti yang mengundang malapetaka dan bala Allah ini seharusnya disekat bahkan sebaiknya dihapuskan. JAKIM dan juga badan-badan yang bertanggungjawab perlu melihat perkara ini dengan serius. Apa yang hairannya, apabila pelbagai masalah soaial berlaku, barulah para ulama dan bijak pandai memberikan komen mereka, pelbagai resolusi diutarakan. Segala macam teori digunakan kononnya masalah sosial ini berlaku disebabkan faktor ini dan itu. Sedangkan Islam mengajarkan umatnya agar mencegah terlebih dahulu sebelum mengubat. Masalah sosial yang meruncing hari ini patut sewajarnya kita melihat kepada budaya hiburan yang melampau pada hari ini.

HANYA IMAN MAMPU MENILAINYA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...