Monday, May 24, 2010

MENDIDIK ANAK DARI RUMAH (Bahagian 1)

TARBIYAH ADALAH CARA TERBAIK UNTUK ROHANI ANAK-ANAK

"Pentarbiyahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya." (al-Sayyid Sabiq)

Al-Sayyid Sabiq memberikan penekanan terbiyah itu meliputi:
  • Kepentingan hubungan sesama manusia
  • Kepentingan kedudukannya dalam masyarakat
  • Aspek-aspek luaran dan dalaman
ANAK DAN PENGIKTIRAFAN ISLAM

Kepentingan mentarbiyah anak dan menumpukan sepenuh pehatian dalam mendidik mereka adalah dua batu asas kepada tuntutan lain yang perlu dilaksanakan selepas itu. Sesungguhnya anak adalah barang yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas Iman kepada Allah dan Rasulu-Nya. Itulah sebabnya seseorang yang mendidik anak-anaknya dengan baik sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya terhadap Tuhan dan dirinya. Anak adalah faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan Rahmat-Nya seperti yang disebut dalam satu hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad:

صغارهم دعاميص الجنة
Maksudnya: Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga.

TIADA PERBEZAAN ANTARA ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Rasulullah s.a.w. ketika digembirakan dengan kelahiran Fatimah r.ha. baginda melihat tanda-tanda kehampaan pada wajah sahabat-sahabat baginda lalu baginda bersabda yang bermaksud:"Kenapa kamu melihat aku begini? Aku mencium bau syurga dan rezeki Fatimah berada berada di atas Allah." Begitu guga Nabi s.a.w. menangis ketika kewafatan anaknya Ibrahim allu ditanya oleh para sahabat, "Adakah engkau pun menangis ya Rasulullah?" Jawab rasulullah s.a.w.:"Ini adalah sifat Rahmat(kasih sayang) yang dijadikan oleh Allah dalam hati manusia.

Sesungguhnya anak-anak yang kecil perlu kepada kasih sayang dan ciuman. dan sifat-sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanyakerana Nabi ada bersabda diriwayatkan oleh Ibn Asaakir dan al-Sayuti yang bermaksud:"Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengannya."

Allah menyebut ciri-ciri hamba-Nya yang soleh iaitu mereka yang cintakan anak-anak mereka dan mereka berdoa kepada Allah supaya dikuniakan anak-anak yang soleh yang menjadi punca ketenangan dan kegembiraan mereka di dunia dan di akhirat.


Begitu juga Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya supaya mengahwini perempuan yang mampu melahirkan anak yang ramai. Nabi juga menggesa umatnya supaya memperbanyakkan anak. Baginda menyifatkan anak sebagai penghalang daripada turunnya azab seperti yang tersebut dalam hadithnya diriwayatkan oleh al-Sayuti:

لو لا عباد الله ركع ،وصبية رضع ، وبهائم رتع ، لصب عليكم العذاب صبا
Kalaulah tidak kerana hamba-hamba Allah yang rukuk dan anak-anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.

Dan baginda mengibaratkan juga kewujudan mereka sebagai sebab kemuliaan dan keagungan ibu bapa mereka seperti Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh al-Tabrani:

ما ولد في أهل بيت غلام إلا أصبح فيهم عز لم يكن
Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...