Tuesday, June 22, 2010

Tutup Aurat

ALLAH ITU SANGAT DEKAT

Menurut majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM", seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat, menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya, "Wahai anak gadis, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.

YAHUDI MENANG LAGI!!!!!

Kira-kira tiga minggu sebelum nie kedengaran di seluruh dunia suara teriakan mengecam kekejaman zionis Yahudi apabila Yahudi mengahalang bantuan kemanusiaan ke Gaza oleh badan-badan NGO dari seluruh dunia. Fenomena ini menggamit seluruh umat manusia yang prihatin dengan erti kemanusiaan sejagat agar bangkit dengan rasa yang sama ke arah mengancan tindakan kejam zionis itu. Bukan satu atau dua buah negara sahaja yang mengadakan demonstrasi bantahan terhadap negara haram itu, bahkan hampir keseluruhan negara termasuk negara-negara bukan Islam juga turut membuat bantahan terhadap kekejaman tersebut. Bagi umat Islam, peristiwa itu merupakan sejarah penting untuk sekian kalinya menjadi bukti kejahatan dan kekejaman Zionis. Ada yang memberikan ancaman bahawa Yahudi seharusnya diajar dengan senjata. Pendek kata, memang bersemangat.

Tetapi suara pekikan itu kini berubah rentak dan gayanya, bunyinya pun dan macam tak seperti sebelum ini. Laungan Takbir yang sebelum ini begitu bersemangat dilaungkan oleh peserta-peserta demonstrasi bantahan kekejaman Yahudi itu, kini lenyap. Kedengaran bunyi pekikan gooooooooollll kini riuh di kedai-kedai kopi di tepi jalan, tak kurang juga rumah-rumah persendirian dijadikan markas menonton perlawanan bola sepak. Pengusaha gerai-gerai makanan pula mencari untung dengan fenomena ini. Kalau dulu, TV yang diletakkan di kedainya sebesar 21 inci atau 42 inci tetapi kini bukan lagi TV tetapi LCD projektor menjad terikan manusia. Tetapi memang berbaloi.

Sekali pandang, memang pandai Yahudi punya perancangan untuk melalaikan dan melalikan umat Islam tentang tanggungjawab mereka kepada saudara seagama mereka. Tetapi, kalau dua kali pandang, memang Yahudi ni pandai sehinggakan umat Islam yang dulunya mengutuk kekejaman mereka, tetapi kini sanggup 'berkiblatkan' TV untuk menonton perlawanan bola World Cup sehingga ke pagi. Apatah lagi kalau pasukan yang akan bermain tu merupakan pasukan kegemarannya. Alamatnya....memang tak berganjak dari malam sampai pagi.

Saturday, June 12, 2010

12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN: Tawaduk

Surah al-Furqan dari ayat 63 hingga 77 memberikan satu gambaran jelas tentang ciri-ciri ibadurrahman yang selayaknya mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan rahmat-Nya. Dalam melayari kehidupan di dunia yang penuh mencabar ini; maka selayaknya kita mengambil ciri-ciri ini asas kita untuk kelansungan kehidupan di dunia dan seterusnya. Dalam siri perbincangan 12 Ciri Cemerlang Ibadurrahman ini, saya cuba berkongsi dengan pengunjung sifat-sifat Ibadurrahman yang wajib kita miliki. Apatah lagi jika kita yang bergelar muslim yang menggalas amanah dakwah di bumi Allah ini. Memiliki sifat ini suatu kemestian...atau kita akan disisihkan darinya dan terjerumuh ke dalam lubang ibadussyaitan. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menghuraikan secara baik ciri-ciri ini dan insya Allah, saya akan berkongsi penulisan beliau di sini.

Ciri 1: TAWADUK

Dalam ayat 63 surah al-Furqan; Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan Hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman iaah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun ...
Sifat pertama yang terkandung dalam ayat ini ialah hamba Allah yang memiliki rendah hati, tawaduk dan lemah lembut, berjalan dengan penuh kewibawaan dan kehormatan. Tidak dengan sikap sombong dan semahunya sendiri, tidak merasa lebih tinggi dari sesiapa dan tidak bongkak. Sifat ini bertepatan sekali dengan ayat Allah yang lain dari surah al-Israa' ayat 37 yang bermaksud: "Dan janganlah engkau berjalan di atas muka bumi Allah dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak dapat menyamai setinggi gunung-ganang." Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa tawaduk akan memberikan kesan kasih sayang Allah dan manusia terhadap kita. Allah tidak suka kepada orang yang suka bermegah-megah dan bongkak.

Berjalan di muka bumi Allah dengan sifat sombong beerti memperlihatkan sifat kesombongan dalam perbuatan , sedangkan membanggakan diri dalam perkataan ialah berbangga-bangga dengan keturunan. Berjalan dengan rendah hati tidak bermaksud menunjukkan kelemahan dan dhaif sehingga menimbulkan fitnah terhadap agama. Tetapi, berjalan dengan lembut dan tawaduk, tetap menunjukkan kekuatan, sedikit mempercepatkan langkah kaki sesuai dengan perawakan, umur dan kemampuan.

Tidak ada apa yang seharusnya dibanggakan dengan apa yang pada diri kita. bahkan amalan yang kita lakukan itu tidaklah menjadi sebab untuk dimegah-megahkan walaupun ianya berupa kebaikan. Kerana semua itu adalah hak milik Allah S.W.T. Sedang Allah yang menilai atas setiap yang dilakukan. Sifat ini bukan suatu yang semulajadi dimiliki, tetapi ia perlu dipupuk berlandaskan kepada ilmu dan kesedaran tentang kekerdilan diri. Insya Allah, Ibadurrahman bakal dinobatkan buat kita. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan agama kita. Amin...

PALESTINA TERCINTA

Friday, June 4, 2010

BELAJARLAH DARI ZULQARNAIN

Selesai membaca tafsir surah al-Kahfi buah tangan Ibnu Kathir, saya teringat untuk membuat kiriman ini. Walau pun bukan kerana kesamaan nama, saya tetap berterima kasih kepada al-marhum ayah yang meletakkan nama itu untuk saya. Siapalah saya untuk disamakan dengan seorang raja adil lagi perkasa yang diabadikan namanya di dalam al-Quran itu.

Zulqarnain di dalam al-Quran mengikut para ulama bukan Iskandar al-Maqduni atau Alexander The Great yang pernah kita baca dalam buku sejarah itu. Alexander itu adalah penakluk yang tidak beriman. Mereka berdua mungkin sama dari sudut kepintaran menakluk, tetapi iman memisahkan mereka.

Wednesday, June 2, 2010

KEKEJAMAN YAHUDIA DAN KEBANGKITAN ISLAM


Alhamdulillah. Seluruh rakyat Malaysia turut merasakan syukur di atas berita keselamatan 12 orang sukarelawan berani syahid yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza(LL4G). Berita serangan tentera laknatullah zionis Yahudi membangitkan kemarahan umat manusia seluruh dunia. Misi yang hanya bermatlamatkan bantuan kemanusiaan itu diukur sebagai senjata berbahaya oleh zionis sehingga layanannya juga bagaikan pengganas. Ketika sukarelawan berani syahid itu sedang bertarung dengan keganasan Yahudi, umat Islam di seluruh dunia digesa memohon kepada Allah agar menurunkan pertolongan dan bantuan kepada para sukarelawan. Bukan sekadar di Malaysia, bahkan seluruh dunia, umat Islam mengerjakan solat sunat hajat dan qunut nazilah. Demonstrasi mega dianjurkan sebagai luahan rasa tidak puas hati dan tanda kemarahan umat manusia terhadap kekejaman Yahudi laknatullah. Setiap negara....tidak sedikit jumlahnya yag terlibat...bahkan hampir semua penduduk dunia memprotes tindakan Yahudi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...