Sunday, August 22, 2010

RAMADHAN: Apa Yang Sudah Kita Sediakan

Dah masuk hari yang ke-12, umat Islam menyambut Ramadhan untuk tahun ini. Pejam-celik dah hampir separuh masa kita berlalu meniti ke penghujung Ramadhan. Rasa macam belum ada apa-apa pengisian yang dibuat untuk meninggalkan bulan mulia ini. Pengisian yang bagaimana? Hari ini, kita melihat manusia umat Islam sangat sibuk membuat pengisian peribadi masing-masing. Ada yang mengisi perutnya dengan juadah....ada pula yang mengisi koceknya dengan duit hasil jualan baju raya, kuih raya dan macam-macam lagi yang bersifat raya sekarang nie....rasuah dan naik taraf jadi raya juga....semuanya kerana nak sambut hari raya. hari yang difikirkan oleh umat Islam di Malaysia sebagai hari yang lebih mulia dari hari-hari lain(rasanya).

Mana tidaknya, hari raya kalau tidak dipakaikan dengan pakaian baru, maka tidak sempurnalah hari tersebut sedangkan pakaian iman makin kusut dan masai lebih teruk dari bulan sebelumnya....masya Allah...Hari raya kalau perhiasan rumah tak ditukar ganti dengan perhiasan yang baru...alamatnya tiadalah seri hari raya tahun tersebut...sedangkan rumah yang bakal didiami nanti penuh dengan kegelapana tanpa cahaya. Solat tarawih pun dan macam tak rasa apa-apa lagi. Sedangkan pada hari-hari terakhir inilah, para sahabat melipatgandakan amalan sunat. Orang Islam di Malaysia seronok betul nak sambut hari raya...tapi umat Islam pada zaman para sahabat menangis, merintih kerana bimbang dengan amalan yang disediakan di bulan ini. Menangis mereka kerana bimbang atas kesempatan yang bakal diberikan Allah untuk bertemu Ramadhan yang akan datang. Memang berbeza kita dengan mereka....

BALA DATANG DI BULAN RAMADHAN



Sangat mengejutkan apabila kita mendapat berita bazar ramadhan di Jasin Melaka di ranapmusnahkan oleh angin puting beliung...sekali pukul rosak semuanya...3 mati 18 cedera...kenapa jadi begini..."bazar Ramadhan dan jadi bazir Ramadhan...kalau dah jadi membazir memang la banyak syaitan duk bergayut kan..."(kata seorang penceramah yang sempat saya dengar di sekitar Bangi ni). Tapi apa yang lebih malang lagi...musibah yang menimpa mangsa dilihat hanya terpalit kepada peniaga di bazar ramadhan itu sahaja...sedangkan bagaimana dengan pembelinya, atau peniaga di bazar-bazar yang lain....saya sempat menonton rakaman di Youtube tentang tragedi ini. "Nah...engkau jawablah" kata seorang yang turut berada di tempat kejadian selepas peristiwa sambil membuat rakaman. Hati kecil saya bertanya:"Siapa yang nak jawab? Penganjur? Pembeli? atau penjual?......satu persoalan yang saya pun tak tahu nak menjawabnya. Apa yang boleh saya nyatakan di sini, ialah dalam keadaan sebegitu hebat itu, kita masih tak mengakui kesalah kita yang mungkin menyumbang kepada kehadiran ujian dan bala Allah itu.

Masihkah Ramadhan kali ini mendidik hati kita untuk merasai kekerdilan kita di depan Allah yang Maha Besar dan Berkuasa? Jangan pejamkan mata hati bila kita ditanya soalan sebegini. Buka mata dan gerakkan langkah amal kita. Masih berbaki separuh dari ramadhan....ayuh kita ...buktikan di hadapan Allah bahawa inilah hamba Nya yang mengadu dan berharap dengan kesalahan dan dosa mampu untuk diterima sebagai tetamu ramadhan yang memperoleh gelaran Rabbaniyyun.....

Thursday, August 19, 2010

BERPUASA UNTUK KETAQWAAN

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah: 183)

Ibn al-'Arabi berkata: (sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang yang dahulu daripada kamu). Tentang ayat ini, terdapat tiga pendapat, iaitu:
  1. Yang dikatakan orang yang terdahulu ialah golongan ahli Kitab
  2. Mereka ialah golongan Nasrani
  3. Mereka ialah semua umat Islam
Namun, pendapat yang terakhir ini tidak boleh diterima kerana golongan orang sebelum kita, ada yang berpuasa dengan hanya menahan lidah daripada bercakap, sedangkan puasa sebegitu tidak terdapat dalam Syariat kita. Justeru, pada zahirnya yang dimaksudkan di sini ialah golongan Nasrani berdasarkan dua sebab iaitu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...