Wednesday, November 23, 2011

Penceramah, Pendakwah dan Pejuang

"Susah nak jadi pejuang ustaz...kalau boleh jangan jadi penceramah sahaja." kata seorang sahabat kepada saya ketika saya menziarahinya di hospital semalam. Sahabat yang banyak memberikan inspirasi kepada saya dalam menyusun gerak langkah perjuangan kehidupan ini. Biarpun usia kami agak jauh jurangnya, tetapi nilai kepada sebuah persahabat tak berhajatkan kepada perbedaan semua itu. Saya hanya akur dengan kata-katanya dan terus mendengar dengan penuh penghayatan. Sememangnya saya akan mengabil sikap lebih banyak diam apabila saya bercakap dengannya kerana saya tahu banyak kata-katanya itu yang terkandung hikmah yang dikendong bersama pengalaman dalam arus perjuangannya sebelum ini. Orang yang banyak membaca, akan 'bisa' kata-katanya.

Hakikatnya, memang senang untuk jadi penceramah bahkan boleh sahaja menempa nama besar sebagai penceramah. Banyak ilmu atau sedikit ilmu rasnya bukanlah ukuran utama. Tetapi bagaimana cara memanipulasikan ilmu yang sedikit itu sehingga mampu memukau pendengar. Inilah apa yang terjadi sejak kebalakngan ini. Apatah lagi, sekarang ini ramai para penceramah yang lebih mengutamakan 'sampul' berbanding tanggungjawabnya menyampaikan risalah nubuwwah ini. Saya tertarik dengan satu penulisan Dr Asri dalam webnya yang bertajuk Dosa Siapakah Atas Kejahilan Manusia seolah-olah memberi satu tamparan hebat bahawa betapa besarnya tanggungjawab para pendakwah dalam memastikan manusia dapat keluar dari penjara kejahilan.

Pendakwah tidak sahaja bermain di pentas-pentas masjid. Tidak juga bergaya membaca teks ceramah di depan lensa kamera video untuk satu-satu rakaman di kaca televisyen. Bahkan tugasnya harus mendasari denyut nadi masyarakat. melihat dan mentafsir dengan jujur dan ikhlas seterusnya bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Mengeluarkan manusia dari belenggu kejahilan umat bukanlah suatu kerja mudah. Sunnah perjuangan Rasulullah s.a.w. adalah cermin kepada hakikat dakwah yang seharusnya dijejaki oleh setiap pendakwah. Medan dakwah sangat luas. Cabaran dakwah dan perjuangan juga sangat sengit. Perjuangannya memerlukan pengorbanan. Tidak cukup dengan hanya merasa selesa sekadar dapat berucap selama beberapa minit atau beberap ajam seminggu, kemudiannya mendabik dada bahawa 'aku sedang berjuangan dan berdakwah' sedangkan masih banyak gejala kejahilan umat bermaharajalela di luar sana. Sekiranya cukup sekadar itu sudah dapat dikira sebagai sebuah perjuangan maka apalah manisnya perjuangan itu? Apalah maknanya pula nilai suatu kemenangan?

Seorang pejuang merasai derita rakyat dan umat. Mengangkat manusia kepada rasa berTuhan dan yakin dengan segala janji Allah. Menggantikan kebobrokan manusia dengan kebajatan aqidah dan agama-agama kepada adilnya Islam, menunjukkan jalan keluasan Islam yang melangkaui alam duniawi dan ukhrawi. Inilah intipati seorang pejuang yang ikhlas dan jujur. Sebagaimana kata-kata Rib'e bin Amir kepada panglima tentera Paris apabila ditanya tentang kedatangan tentera Islam untuk menyerang Parsi, maka jawab Rib'ie dalam satu ungkapan yang rigkas, tetapi padat dengan makna dan hikmah yang memukau: "Kami diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari penyembahan sesama makhluk kepad apenyembahan kepada Allah yang Esa, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."


Saya teringat kata-kata Imam al-Banna dalam satu ucapannya bersama penyokongnya bahawa kewajipan yang kita ada lebih bayak dari masa yang kita punyai. Tatkala, dunia hari ini dibelenggu dengan kejahilan dalam pelbagai perkara, tak usahlah kita mendabik dada menghitung kerja-kerja kita yang tidak seberapa. Turunlah ke medan dakwah yang sebenar, mengangkat manusia dengan ilmu dan kefahaman pada agama dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Jadilah seperti Rasulullah yang juga sebagai penceramah, pendakwa dan pejuang.

Thursday, November 17, 2011

Paderi Sabah Memeluk Islam

Dengan gejala murtad terus bergolak agak elok direnung kembali temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM.

Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai saorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.

Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Monday, November 7, 2011

Perumusan Semula Demokrasi Islam oleh Ghannouchi

Dr Ahmad Farouk Musa [Diterjemahkan oleh Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front]

Perkembangan dunia Islam sejak revolusi Iran pada 1979 telah memperlihatkan dengan jelas bahawa perhubungan antara demokratisasi dan kebangkitan Islam adalah fenomena yang kompleks; dan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam dinamika politik yang melingkari dunia Islam kontemporer. Bagi kebanyakan manusia di Barat, konsep “Demokrasi Islam” mungkin, merupakan suatu fahaman yang jengkel.
Memandangkan demokrasi secara esensinya, adalah konsep yang dapat dicabar, makanya adalah mustahak untuk memahami persepsi tentang demokrasi dalam konteks gerakan dan gelombang kebangkitan Islam mutakhir. Dalam dunia Islam, pertembungan ini mencetuskan cabaran untuk memaknai demokrasi Islam dengan cara yang mengharmonikan diantara tuntutan yang meningkat terhadap partisipasi politik dan desakan untuk menubuhkan kerajaan yang mempunyai nilai Islam yang tuntas dan autentik.

Dalam sejarah Islam, terdapat beberapa konsep dan imejan yang penting yang telah mencorakkan visi kontemporer tentang pengertian sebuah masyarakat manusia yang adil. Tanpa mengira pandangan yang berbeza dalam mendefinisi demokrasi Islam, konsep teras yang utama yang diterima oleh hampir kesemua tradisi dalam Islam adalah konsep tawhīd, yang diertikan sebagai “keyakinan dan penyaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan daripada asas pengalaman beragama dalam Islam, dengan itu, berdirinya Tuhan yang bersifat tersendiri dan kehendaknya adalah imperatif dan menjadi petunjuk untuk kehidupan manusia seluruhnya.”

Dalam kerangka ini, ia dapat diperhujah bahawa kekuasaan Tuhan yang mutlak telah membungkam mana-mana hirarki manusia sebagai mustahil kerana di hadapan Tuhan, semua manusia adalah sama. Lantaran itu, tawhīd membekalkan asas konsepsi dan teologi yang memberi penekanan yang aktif tentang persamaan hak dalam sistem politik. Seawal zaman Muawiyah, pimpinan yang menerajui pemerintahan setelah berakhirnya era Khalifah al-Rasyidah, yang menegakkan dasar hirarki dan sistem diktator telah dibidas sepanjang sejarah sebagai tidak-Islamik.

Kerana itu, tawhīd telah melandaskan basis untuk melangkaui penegasan tentang persamaan kepada gerakan revolusi bagi menumbangkan penindasan diktator. Di Iran, Ali Syari'ati dalam karya pentingnya “On the Sociology of Islam” (Tentang Sosiologi Islam) menulis bahawa dalam “pandangan dunia tawhīd, manusia hanya gerun pada satu kuasa, dan bertanggungjawab di hadapan hanya satu hakim…, Tawhīd membekalkan kepada manusia kebebasan jiwa dan kemerdekaan dan karamah insan. Penyerahan padaNya sahaja – yang tertinggi daripada segala yang wujud – mendesak manusia untuk memberontak terhadap segenap kuasa yang palsu”.

Dalam konteks ini, revolusi Iran boleh diungkapkan sebagai “revolusi tawhīd”. Walaupun tawhīd, mungkin digunakan sebagai pemangkin ke arah penciptaan negara yang tidak demokratik, seperti yang diperlihatkan sepanjang sejarah Islam; ia juga melandaskan ideologi tentang persamaan dan penentangan radikal terhadap kewenangan dan penyalahgunaan kuasa.

Monday, October 31, 2011

Kelebihan Puasa 9 Zulhijjah Dan Hari Arafah

Puasa 9 Zulhijah dan hari Arafah (صيام تسع ذي الحجة ويوم عرفة)
Oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Terjemahan :
Bulan Zulhijjah merupakan salah satu dari 4 bulan2 haram, dan ia dikenali sebagai bulan haji, dimana hari2nya adalah 10 yang awal, yang merupakan seafdhal-afdhal2 hari didalam setahun, sebagaimana diperkatakan oleh beberapa hadith. Dari Ibn Abbas ra., Rasullulah saw bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام" يعني أيام العشر، قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: "ولا الجهاد في سبيل الله، إلا أن يخرج الرجل بنفسه، وماله، فلا يرجع بشيء من ذلك
"'Tidak terdapat pada hari2 melakukan amalan soleh yang disukai Allah swt dari hari ini, yakni hari2 10', maka mereka berkata : 'Bukankan jihad dijalan Allah?'. Baginda menjawab :'Dan bukanlah jihad dijalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri, dan hartanya, dan tidak kembali sesuatu darinya". -[Hadirh riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmudzi dan Ibn Majah].

Dan didalam lafaz lain :
ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إلى الله العمل فيهن من أيام العشر، فأكثروا فيهن من التسبيح والتحميد، والتهليل والتكبير

"Tidak ada hari yang lebih agung/mulia disisi Allah, dan tidaklah paling disukai Allah swt didalamnya melainkan dari hari2 yang sepuluh, maka perbanyakkan Tasbih, Tahmi,.Tahlil dan Takbir" - [Hadith riwayat Tabrani didalam al-Kabir dengan sanad yang baik].

Sa'ed bin Jubair apabila masuk hari2 ke 10, bersungguh dia beramal sehingga tidak kuat lagi untuk melakukannya.

Berpuasa pada hari2 10 ini merupakan perkara yang semulia bagi mendekatkan seorang Islam kepada Tuhannya (Tidak dikira hari yang ke 10, yang merupakan hari Eid, maka ia haram dengan pasti).

Dan hari yang paling banyak fadhilatnya adalah hari ke 9, iaitu hari Arafah, hari dimana jemaah Haji berwukuf dengan keadaan menghadapi kusut dan berabuk, dengan pakaian ihram yang menyerupai kain kafan orang mati, tunduk kepada Allah menjawab seruannya, lalu berdo'a kepadanya.

Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah dan berdo'a, dan mereka yang lain (selain dari jemaah haji) berada dirumah2 mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda :

يكفِّر السنة الماضية والباقية

" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" - [Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده والسنة التي قبله

"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" - [Hadith riwayat Tirmudzi].

Akan tetapi, apakah ini termasuk mereka yang berwukuf di Arafah juga ? Jumhur ulama mengatakan bahawa adalah mustahab berpuasa bagi mereka yang bukan jemaah Haji.

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw melarang berpuasa hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah

(أنه صلى الله عليه وسلم نهى عن صوم يوم عرفة بعرفات )
(Riwayat Ahmad dan Ibn Maajah). Dan dari Umm Fadhil (isteri al-Abbas),

أنهم شكوا في صوم النبي صلى الله عليه وسلم يوم عرفة، فأرسلت إليه بلبن، فشرب، وهو يخطب الناس بعرفة

"bahawa mereka ragu akan puasa Nabi saw pada hari Arafah, maka dikirim kepada baginda susu lalu [baginda] meminumnya, dan beliau sedang berkhutbah di Arafah" - [Hadith riwayat Muttafaq 'alaih].
Maka ia menunjukkan tidak disukai (tidak digalakkan) berpuasa bagi mereka yang berwukuf disaat yang agung ini, dan hikmah tidak berpuasa kerana kemungkinan akan melemahkan mereka dari melakukan zikir dan do'a, dan melakukan amalan2 haji.

Ini juga merupakan hari eid (raya) bagi yang berwukuf dimana mereka berkumpul beramai2, sebagaimana ditunjukkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Umar tentang turunnya firman Allah swt :

(اليوم أكملت لكم دينكم)
"Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu semua agama kamu" dan hadith 'Uqbah bin Amir :

يوم الفطر، ويوم النحر، وأيام التشريق عيدنا أهل الإسلام، وهي أيام أكل وشرب

"Hari eid al-Fitr, hari qurban, dan hari2 Tasyrik merupakan hari raya kita orang2 Islam, ia merupakan hari makan dan minum" - [Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i dan al-Hakim, sebagaimana didalam Shahih al-Jaami' al-Shaghir #8192].

Maka yang rajih (pendapat yang terkuat) disana ialah bahawa Hari Arafah mempunyai kaitan dengan hari2 Eid dan Tasyrik dinisbahkan dengan jemaah Haji, ini merupakan jalan tengah diantara dua dalil. - tamat terjemahan –

Terjemahan dari petikan buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 140-142.

Wednesday, July 20, 2011

Perjuangan Islam VS Perjuangan Melayu

Ketika saya menyemak semula bahan-bahan usrah lama saya yang pernah saya catat di dalam medan kampus dahulu, terselak satu catatan kisah ghulam al-dakwah dalam satu hadith yang panjang. Kisah ghulam al-dakwah atau juga terkenal dengan kisah ashabul ukhdud ini menceritakan seorang remaja yang diprojekkan oleh kerajaan yang ada pada masa tersebut atas tujuan mengekalkan  kekuasaan pemerintahannya dengan bertulang belakangkan sihir. Suatu hari, apabila ahli sihir istananya yang sudah tua dan uzur, maka dicadangkan kepada raja agar mencari seorang penggantinya dari kalangan remaja agar kuasa pemerintahan itu dapat terus bertahan. Lalu seluruh negeri mencari pemuda yang dikendaki dengan ciri-ciri yang telah disebutkan oleh ahli sihir tua itu. Maka bertemulah dengan seorang pemuda yang telah diprojekkan untuk menyambung kesinambungan ilmu sihir yang dimiliki oleh ahli sihir tersebut. lalu anak muda ini diminta untuk menuntut ilmu sihir bersama orang tua di suatu tempat. Namun dalam masa yang sama, remaja ini turut mempelajari agama tauhid dengan seorang pendeta. Setelah diringkaskan ceritanya, maka terserlahlah kebenaran ilmu pendeta yang mengajarkan agama tauhid tersebut dan pemuda tersebut dimurkai oleh pihak istana.


Setelah agak alam saya membaca kembali nota tersebut dan membelek potongan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya, riwayat imam Ahmad dalam musnadnya dan riwayat imam Timizi dalam Kitab Sunannya, saya merasakan seolah-olah ada persamaan dengan apa yang berlaku di depan mata kita hari ini.


Semalam juga ketika saya membaca beberapa artikel dari beberapa laman web dan blog, terakses saya dengan satu laporan berita tentang tawaran UiTM yang ingin menawarkan anugerah Ibrahim Ali kepada pelajarnya. Anugerah yang bernilai RM5000 sumbangan Ibrahim Ali sendiri dengan meletakkan beberapa syarat-syarat tertentu. saya cuba nyatakan syarat-syaratnya yang saya petik dari harakahdaily.net:


  1. Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus.
  2. Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
  3. Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM.
Idea ini juga lahir daripada beliau sendir selaku pngerusi PERKASA. 

PEJUANG BANGSA VS PEJUANG AGAMA

Saya secara jujurnya menyambut baik penyampaian dan penguniaan anugerah tersebut dan ia merupakan suatu dorongan untuk mahasiswa terus giat  melibatkan aktiviti mereka dalam arus masyarakat walaupun sekadar menjadi pimpinan mahasiswa. mahasiswa hari ini dikatakan lesu dan hanya sibuk atau menyibukkan diri mereka dengan aktiviti tak menguntungkan. sesetengan mahasiswa yang sudah pun menamatkan pengajian mereka tak mampu untuk masuk dan melibatkan diri dengan masyarakat kerana kurangnya latihan di medan kampus sebelum itu. Namun, apa yang menjadi persoalannya ialah tatkala banyak anigerah-anugerah yang diberikan kepada pejuang-pejuang atas nama bangsa, di mana peranan kerajaan atau lebih khusus lagi pihak institusi pendidikan untuk memberikan galakkan dan motivasi kepada pejuang-pejuang agama. Memang bukan itu sewajarnya didambakan. Tetapi sekurang-kurang ada check and balance antara kedua-dua unsur ini. Ada imbangannya. Jelas hari ini kita melihat pihak kerajaan lebih cenderung memberikan galakan ke arah memartabatkan melayu. Sedangkan masih banyak pembelaan Islam perlu diberikan kepada setiap lapisan masyarakat. banyak tokoh-tokoh agama dan profesional yang banyak menyumbangkan kepada kestabilan dan kemakmuran negara, tetapi mereka lebih banyak dilihat sebelah mata. Sebaliknya yang belaku dan apa yang lebih merisaukan lagi apabila pemimpim melayu sendiri melihat melayu hanya pada sudut pandang keseniannya sahaja. Lihat sahaja anugerah yang disediakan kepada para-para artis kebudayaan yang kononnya memperjuangkan seni melayu sedangkan ada di antaranya yang merosakkan imej Islam itu sendiri.

IBRAHIM ALI DAN PERKASA

Pada saya mungkin pihak UiTM bersetuju untuk menawarkan anugerah ini kepada pelajar-pelajarnya kerana melihat kepada sumbangan Ibrahim Ali kepada melayu di Malaysia. Mungkin itu benar atas sebab beliau adalah pengasas Perkasa sebagai platform memperjuangkan melayu dan selalunya lantang memperkatakan tentang melayu. Tetapai, banyak kenyataan-keanyataan beliau yang lansung tidak ada kepentingan dan keuntungan untuk Islam. Ucapannya yang bersifat racist penganjuran perhimpunan bersih 2.0 sewajarnya dilihat mampu menggugat perpaduan kaum yang cuba digarap Perdana Menteri dalam agenda 1 Malaysia. Ibrahim Ali adalah individu kontroversi. 

MELAYU DAN PERJUANGAN ISLAM

Memperjuangkan melayu bukan suatu yang salah. Hakikatnya setiap bangsa mempunyai rasa punya dan sayang kepada bangsanya. Itu tidak ada masalah. Melayu sekiranya dilihat dengan kelarangka yang lebih luas lagi, ia tidak hanya tertumpu kepada batang tubuh melayu itu sahaja. Bahkan melayu amat sinonim dengan Islam itu sendiri. Sewajarnyalah antara perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penganugerahan anugerah tersebut ialah bagaiman konsistennya pelajar tersebut mempertahankan Islam dan menyampaikannya kepada masyarakat. Sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikatakan membela masyarakat bumiputra, sewajarnya tindakannya mengambilkira nilai ilmu dan intelek. Jangan disebabkan ada unsur-unsur kepentingan peribadi seseorang, sebuah institusi pendidikan yang gah memperjuangkan ketamadunan ilmu dan telah banyak mengeluarkan tokoh-tokoh intelektual berwibawa sebelum ini dilihat dengan label yang tidak sepatutnya.

Tuesday, July 19, 2011

Pusat Hiburan: Kedah vs Melaka

Setiap ruang kuliah yang terisi di surau-surau atau masjid-masjid di negara ini, para ustaz dan imam mengingatkan para jemaah tentang kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Ramai umat Islam membincangkan persiapan-persiapan awal menghadapi bulan yang penuh dengan kemuliaan itu. Ketika ramai orang sedang mempersiapkan diri menghadapi bulan mulia ini dengan amalan ibadah, Mohd Ali Rustam ,Ketua Menteri Melaka meluluskan lanjutan masa operasi pusat-pusat hiburan di negeri dari jam 1 pagi kepada 3 pagi. Walaupun tindakan 'kurang akal' ini mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuklah dari Biro Agama UMNO sendiri dan DAP. Keputusan itu dibuat ikutan permintaan beberapa pengusaha pusat hiburan yang beroperasi di negeri itu.

Sebaliknya negeri kedah baru-baru ini telah membuat ketetapan penutupan semua pusat-pusat hiburan yang beroperasi di negeri itu bagi menghormati bulan Ramadhan al-Mubarak. Kata Menteri Besar Kedah, penganut agama selain Islam sewajarnya menghormati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah yang mulia bagi umat Islam. Walaupun tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu, yang diterajui oleh PAS mendapat tentangan beberapa pihak dan diminta untuk dikaji semula, menteri besarnya menegaskan bahawa ianya tidak perlu lagi dibahaskan kerana persoalan agama sewajarnya diberi penghormatan.

PUSAT HIBURAN DAN KEROSAKAN GENERASI

Semua pihak mengetahui bahawa pusat-pusat hiburan apatah lagi kelab-kelab malam di bandar-bandar besar seperti Melaka Raya, sememangnya terdedah dengan pelbagai perkara sumbang yang boleh meruntuhkan masyarakat. Walaupun tidak dinafikan bahawa tindakan ini lebih kepada meraikan pelancong-pelancong yang datang di negeri itu, tetapi apakah jaminan bahawa tidak akan ada perkara-perkara maksiat yang melibatkan masyarakat Malaysia terutamanya anak-anak remaja. Apa yang pasti ialah pekerja-pekerja dari pusat-pusat hiburan itu terpaksa menambah kerja lebih masa.

SIMBOLIK BUTA

Manusia menilai atas ilmu yang dimilikinya. Ilmu yang dipandu dengan iman dan sumbernya ialah al-Quran. Tindakan manusia yang kadang-kadang takboleh diterima akal ini bertitik tolak dari pemikiran seseorang itu serta cara hidup mereka. Adakah memadai untuk kita menyatakan tentang kegemilangan sesebuah tamadun dengan hebatnya pusat-pusat hiburan yang mereka miliki. Tidak ada dalam sejarah ketamadunan Islam yang mencatatkan bahawa kehebatan tamadun yang dibangunkan tertegak atas pusat-pusat hiburan mereka yang hebat. Pusat-pusat hiduran bukanlah suatu mercu tanda kehebatan sesebuah kerajaan atau tamadun.Bukanlah kerana Melaka sudah dianggap negeri yang maju, maka wajar untuknya membuka ruang-ruang maksiat dengan lebih luas lagi. Simbolik kepada sesebuah kerajaan terletak kepada budaya ilmu, akhlak dan moral rakyatnya, pembangunan sritual dan fizikal negerinya dan rakyatnya. Bukan hiburan yang sebagai tonggak. Inilah simbolik buta yang tercerna dari pemikiran sekular sesetengah pemimin hari ini.

MENILAI SEMUA

Tindakan negeri Melaka sewajar dinilai semula bagi menghormati sensitiviti setiap masyarakat. Jangan disebabkan kehendak dan tuntutan sesetengah pihak yang ditagihkan, maka Islam yang dipegang terpaksa digadaikan. Melaka dalam lipatan sejarahnya adalah negeri Islam yang menggunakan hukum undang-undang jenayah Islam dalam pemerintahannya suatu ketika dahulu. Hari ini, nampaknya bukan Islam lagi yang mahu dipertahankan, tetapi semacam Melaka cuba memadamkan sejarah putih itu dengan dakwat hitam dari tangan-tangan pemimpin-pemimpin mereka. Wallahu A'lam.

Monday, May 9, 2011

SURAT REMAJA KEPADA PM NAJIB

Assalamualaikum Dato’ Seri.


Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.


Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

Sunday, April 24, 2011

What is Good Friday?


When is Good Friday celebrated?

Good Friday commemorates the crucifixion of Jesus. It is the most solemn day in the Christian calendar. The dates of Good Friday, which vary each year, occur between March 20th and April 23rd. It falls on the last Friday before Easter. It is the pinnacle of the Holy Week. All Christians observe this day with great humility and reverence. It is this spirit of humility and reverence that is reflected in each of the Good Friday PowerPoints, which can be used as a preaching aid on Good Friday. 

History of Good Friday
As early as the first century, the Church set aside every Friday as a special day of prayer and fasting. It was not until the fourth century, however, that the Church began observing the Friday before Easter as the day associated with the crucifixion of Christ. First called Holy or Great Friday by the Greek Church, the name "Good Friday" was adopted by the Roman Church around the sixth or seventh century. This collection ofGood Friday videos reflect the types of traditions associated with the history of Good Friday.

Good Friday Origins
There are two possible origins for the name "Good Friday". The first may have come from the Gallican Church in Gaul (modern-day France and Germany). The name "Gute Freitag" is Germanic in origin and literally means "good" or "holy" Friday. The second possibility is a variation on the name "God's Friday," where the word "good" was used to replace the word "God," which was often viewed as too holy to be spoken aloud. 

Good Friday Traditions
Good Friday rituals and traditions are distinct from every other Church observances. They add to Good Friday's significance. The ceremony is somber, with priests and deacons dressing in black vestments. The pulpit and the altar are bare; no candles are lit. The purpose behind the solemn presentation is to create an awareness of grief over the sacrifice of God's only begotten Son. Today, many churches hold special services on Good Friday evening to commemorate this important day.

JUMAAT DALAM ISLAM

Seperti kita ketahui, hari Jum’at merupakan hari yang paling mulia dalam Islam. Karena hari itu merupakan hari raya mingguan bagi umat Islam. DR Muhammad bakar isma’il dalam Al-Fiqhul Wadhih minal Kitab was Sunnah menyatakan, hari Jum’at merupakan hari yang sangat mulia di sisi allah SWT. Hari itu merupakan hari yang dipilih oleh Allah SWT sebagai hari raya mingguan bagi kaum muslimin. Pada hari itu mereka berkumpul untuk melaksanakan shalat dengan penuh keramahan dan kecintaan.

Karena itu, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyak ibadah pada hari itu. Di antaranya adalah memperbanyak wirid dan dzikir. Karena pada hari itu ada saat waktu istijabah yang sengaja dirahasiakan oleh Allah SWT agar hamba-hamba-Nya lebih giat mencari waktu tersebut. Termasuk juga yang disunnahkan adalah membaca shalawat kepada nabi Muhammad SAW.

Friday, April 8, 2011

ANTARA JAMAAH DAN IBU: Delema Yang Belum Terjawab


Dalam Surah Luqman ayat 14-15 Allah menerangkan:
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. 



Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Mus'ab Umair hidup didalam sebuah keluarga yang kaya-raya. Mus'ab menjadi kesayangan bondanya. Pakaiannya mewah sekali, disaluti pula dengan haruman-haruman yang terbaik kualiti. Apabila seruan Islam yang datang daripada Rasulullah saw menawan hatinya, bonda Mus'ab menjadi penentang utama keislaman beliau dan berkeras agar Mus'ab kembali kepada agama kafir Makkah. Mus'ab yang sejak lahirnya diulit kemewahan dan kasih sayang ibu yang teramat dengan bulat hati memilih Islam.

Saad Bin Abi Waqas turut mengalami halangan daripada ibunya tatkala memilih Islam sebagai agama:

Ketika ibuku mengetahui aku masuk Islam, dia marah bukan kepalang. Padahal aku anak yang berbakti dan mencintainya. Ibu memanggilku dan berkata: “Hai Saad! Agama apa yang engkau anut, sehingga engkau meninggalkan agama ibu bapakmu? Demi Allah! Engkau harus meninggalkan agama barumu itu! atau aku mogok makan minum sampai mati…! Biar pecah jantungmu melihatku, dan penuh penyesalan karena tindakanmu sendiri, sehingga semua orang menyalahkan dan mencelamu selama-lamanya.”

Jawabku: “Jangan lakukan itu, Bu! Tetapi aku tidak akan meninggalkan agamaku biar bagaimanapun.”



Ibu tegas dan keras melaksanakan ucapannya. Beliau benar-benar mogok makan minum. Sehingga tubuh dan tulang-belulangnya lemah, menjadi tidak berdaya sama sekali. Terakhir, aku mendatangi ibu untuk membujuknya supaya dia mau makan dan minum walaupun agak sedikit. Tetapi ibu memang keras. Beliau tetap menolak dan bersumpah akan tetap mogok makan sampai mati, atau aku meninggalkan agamaku, Islam.

Aku berkata kepada ibu: “Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari agamaku) sungguh aku tidak meninggalkan agamaku karenanya.”

Tatkala ibu melihatku bersungguh-sungguh dengan ucapanku, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.

Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya kepada Nabi Muhammad SAW:
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,”


Solat Zuhor, Asar, Maghrib, Isha' , Subuh merupakan kefarduan kepada umat Islam
Sekiranya seorang seorang ibu menghalang anaknya menunaikan solat fardu tersebut, maka menjadi kewajipan si anak untuk membantah arahan ibunya. Sama halnya dengan kewajipan berdakwah dengan menyertai jemaah Islam, ia merupakan suatu kewajipan yang wajib ditunaikan umat Islam selagimana tidak tertegaknya sebuah pemerintahan Islam.

حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول اللهصلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك

Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.


Hadis diatas menerangkan kepada kita akan kewajipan menyertai jemaah Islam. Suruhan ini wajib dilaksanakan apatah lagi dengan sudah tertubuhnya jemaah Islam di Malaysia sejak lama dahulu. Tidak perlu kita bersusah payah menubuh satu jemaah Islam, atau usahlah kita menyembunyikan diri kehutan dan memakan akar-akar kayu...

Thursday, April 7, 2011

TAHNIAH! Akhirnya Datuk Mufti selangor Bersuara

Setelah banyak tekanan yang dibuat oleh banyak pihak terutama rakyat jelata kepada golongan agamawan terutamanya mufti negara ini,akhirnya mufti Selangor Sahibus Samahan Datuk Mohd Tamyes bin Abdul Kadir membuat kenyataan mengutuk tindatan Datuk T yang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kumpulan yang mengedarkan video lucah dengan tujuan kepentingan pilitik mereka disifatkan sebagai rendah moral dan menyalahai garis panduan agama. Bukan sekadar pihak yang menyebarkannya, bahkan semua pihak yang telah emngembar-gembur berita palsu yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas adalah suatu fitnah dan pihak media yang bersekongkol dengan kerja-kerja penyebaran berita fitnah ini juga akan terpalik dengan dosa yang sama.




MANA MUFTI-MUFTI YANG LAIN.
Walaupun isu ini sedikit sebanyak dijawab oleh Datuk Mufti Selangor selaku negeri di bawah Pakatan Rakyat sedangkan isu, rakyat sebenanrnya masih menanti respon daripada mufti-mufti yang lain terutama dari negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Ulama seharusnya lebih rasa bertanggungjawab untuk memberikan teguran dan nasihat kepada pihak-pihak yang terlibat dengan kerja-kerja yang tidak bermoral ini. ini bukan sekadar isu pilitik, bahkan ini isu kehirmatan Islam dan umatnya sendiri. Sedangkan Islam ada peraturan, cara dan  kaedahnya yang tersendiri dalam menangani isu-isu sebegini dengan mengambil kira maruah individu atau kumpulan yang dipersalahkan. Jangan biarkan rakyat dididik dengan budaya lucah yang merosakkan itu.

Monday, April 4, 2011

AMATI SARANAN AL-QURAN: Surah al-Hujurat Ayat 6

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan(al-Hujurat: ayat 6)


Peristiwa penyampaian berita palsu tanpa usul periksa sudah lama berlaku sejak zaman kerasululan nabi Muhammad s.a.w. Namun segala apa yang terpapr melalui dada sirah Rasulullah s.a.w. adalah cerminan agar umat manusia sepanjang zaman mengambil nilai dan bersedia tadabbur dengan apa yang dibentangkan dalam al-Quran. Berpegang dengan sikap berhati-hati dalam manyampaikan berita juga menerima berita adalah menjadi pegangan orang-orang yang beriman. berita yang datang seharusnya disiasat terlebih dahulu sebelum dijadikan bahan bicara dan pegangan. Hal itu sangat tidak sesuai dengan amalan orang yang beriman. 


FITNAH SEBAGAI SENJATA MEMENANGI POLITIK 


Sekiranya kita melihat di dada-dadah akhbar utama hari ini, kekecohan hanya banya tertumpu kepada berita tersebarnya fitnah video lucah yang membabitkan pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Riuh rendah jadinya seluruh Malaysia bahkan dunia turut membicarakannya. Semuanya bercakap dengan penuh spekulasi tanpa tahu-menahu hujung pangkalnya. Punca dengan datang  beberapa orang yang digelar sebagai Datuk T membawa berita yang belum dipastikan kesahihahannya. Takkan pemimpin-peminpim Malaysia dah mati kutu dan mencari modal politik mereka. Dalam ayat tersebut Allah menyatakan perkataan orang fasik yang membawa berita tersebut. So, siapakah fasik dalam Islam ni? Di sini saya bawakan sedikit perbincangan tentang pengertian istilah ini:


Pengertian fasik: Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut takrifan syarak, fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau mengerjakan dosa-dosa kecil secara berkekalan. fasik terbahagi kepada tiga peringkat:



  1. Peringkat pertama: melakukan dosa besar secara sekali sahaja. selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalahdan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.
  2. Peringkat kedua: Melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
  3. Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar di dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu.

Penyebaran bahan lucah adalah salah dari sudut agama dan juga menyalahi perlembagaan negara. dahulunya pemimpin-pemimpin negara dikatakan banyak terlibat dengan pelbagai kegiatan rasuah dan lain-lain kerja yang bersifat pecah amanah. Kini budaya baru dalam era kepimpinan baru 1 Malaysia pula, ada trend baru yang menjaja budaya fitnah dan seks sebagai suatu yang boleh dikongsi dan diperdebatkan secara terbuka. Apa dah jadi dengan negara kita ni. Walhasil, yang menuduh dan menfitnah sibut dengan penjelasan untuk mengukuhkan fitnahnya itu, yang difitnahkah pula terpaksa memerah otak menjawa pelbagai tohmahan yang dibuat. Siapa yang menjadi mangsa....rakyat yang terpaksa menanggungnya dek kerana kesibukan pemimpin atasan yang sibuk dengan urusan-urusan tersebut sehingga tak sempat menjaga kebajikan rakyat secara sepatutnya. bahkan rakyat juga akan terdidik dengan budaya kotor tajaan pemimpim-pemimpin mereka yang fasik itu...

Saya terkesan dengan satu kenyataan ahli akademik terkenal iaitu Dr. Abu Hassan Hasbullah, Pengasas Pusat Kajian Zentrum; beliau menyebut: "masyarakat kita telah diajak untuk melakukan kebiadaban terhadap sesama manusia dengan merayakan segala macam kebodohan, pekunahan dan kesakitan hingga kita sudah tidak percaya kepada keimana dan kebaikan". tambahnya lagi, "tidak timbul siapa yang bersalah, tetapi moralnya siapa yang menyebarkanya kerana ianya bertentang dengan perintah Allah s.w.t.".

FITNAH : Senjata Tertua Di Dunia

1. Meskipun senjata ini adalah senjata yang paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang bahaya dan berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan berbanding letupan loji nuklear. Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad manusia bahkan fitnah adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia dan peradabannya.

Firman Allah swt :

و الفتنة أكبر من القتل و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا

dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.

Surah Al Baqarah Ayat : 217

2. Bermula dari zaman pertarungan antara Qabil dan Habil yang bermula dengan api fitnah merebut seorang perempuan untuk dicintai akhirnya meletus satu kesan radiasi yang membawa kepada berlakunya pembunuhan dan itu adalahpembunuhan manusia pertama direkodkan di atas muka bumi dan ianya bermula dari fitnah serta dendam. [boleh rujuk kisahnya di dalam surah al Maaidah ayat 27 hingga 32].

3. Nabi Yusuf as terpaksa meringkuk di dalam penjara angkara fitnahNabi Yusuf as dituduh bermukah dengan Zulaikha, isteri kepada seorang pembesar istana. Plot dan drama fitnah itu dirancang selicik mungkin oleh orang - orang dalam istana yang bermula dari api fitnah Zulaikha akhirnya Nabi Yusuf as diseret ke penjara sementara Nabi Yusuf as sedia ke penjara demi mempertahankan maruah dan kesucian dirinya.

Firman Allah : [boleh rujuk kisahnya di dalam surah Yusuf ayat 21 - 36]

قال رب السجن أحب إلي مما يدعونني إليه

Ia [ nabi Yusuf as ] telah berkata : Tuhanku , Penjara lebih aku sukaberbanding apa yang mereka suruh aku lakukanya.

Surah Yusuf. Ayat 33

Wednesday, March 2, 2011

Awas!! Gejala Swinger Dah Merebak Di Malaysia....

Terperanjat saya apabila membaca satu berita yang disiarkan di harian Metro hari yang mendedahkan kegiatan dan kelab HARAM yang juga menjalankan kerja HARAM yang dinamakan Swinger. Kelab yang menganjurkan kegiatan tak bermoral dengan bertukar-tukar pasangan sedang mencaroi penyertaan dari kalangan masyarakat di Malaysia yang merasa bosan dengan pasangan HALAL.

Sekali dengar berita nie, rasa macam biasa-biasa sahaj dibandingkan dengan banyak lagi gejala kerosakan aqidah yang lain. tapi, inilah satu lagi barah dan penyakit umat yang melanda umat Islam hari nie di negara kita akibat gagalnya melaksanakan ajaran Islam yang syumul. Undang-undang Islam sukar sekali nak dilaksanakan. Yang menghairankan, kerajaan Malaysia mampu memberikan kefahaman kepada rakyat tentang undang-undang tajaan orang putih itu selama lebih 50 tahun lamanya, tetapi gagal sehingga ke hari ini untuk menjelaskan undang-undang yang sempurna kepada rakyat. SIAPA BUTAKAN SIAPA???

Pernah saya suatu ketika dulu, ketika saya bertanya dengan seorang ketua sebuah negeri yang mendapat pendidikan di Negeri Timur Tengah(al-Azhar) dalam jurusan agama, apabila ditanya kenapa undang-undang Islam yang di dalamnya terdapat hukum yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah manusia hari ini tak mampu dijalankan di Malaysia sedangkan Malaysia hari ini sudah lama merdeka. Apa yang dijawabnya ialah: kerana rakyat Malaysia belum faham tentang undang-undang tersebut. Oleh itu, kalau ada di kalanganpemimpin negara yang sudah faham, mengapa tidak difahamkan kepada rakyat. sampai bila mahu di fahamkan?

Pernah saya mengikuti satu dialog antara PAS dan UMNO tentang masa depan Islam di Malaysia. UMNO diwakili oleh Ketua Pemudanya iaitu Khairi Jamaluddin dan PAS diwakili oleh Dato Husam Musa dan ditambah oleh seorang pakar undang-undang ,alaysi Prof. Aziz Bari. Apa yang mebgejutkan dan mengecewakan saya apaboila ditanya kepada Khairi selaku mewakili parti pemerintah tentang kesediannya melaksanakan hukum jenayah Islam seperti hudud dan sebagainya, Khairi dengan 'selamber' menjawab tidak kerama kami ada cara yang tersendiri. Manakala PAS bersedia melaksanakannya.

Oleh itu, tidak hairanlah kalau kita mendengar hari ini terdapat pelbagai masalah yang menggaggu ketenteraman kehidupan rakyat di negara ini. Siapa yang hendak dipersalahkan??? Tepuk dada tanya iman...Kuasa melantik pemimpin bukan di tangan mereka. tetapi ia terletak di tangan rakyat...

berbalik kepada kelab 'swinger' nie, saya sentiasa menunggu reakti pihak berwajib terutama JAKIM untuk membuat siasatan. Jangan pula apabila timbul isu sensitif yang mampu menggugat keselesaan pemimpin tertentu dalam negara, maka siasatannya sangat cepat. Tetapi kalau isu-isu pinggiran seperti ini jangan pula dilihat sebelah mata....atau jangan kamu terus pejamkan mata.....

Thursday, January 13, 2011

Anda Kenal Malcolm X?

Ia merupakan seorang tokoh pejuang antidiskriminasi dan persamaan hak.

Malcolm X adalah seorang tokoh Muslim kulit hitam Amerika (Afro-Amerika). Ketokohannya dapat disandingkan dengan Dr Martin Luther King yang berjuang menghapus segala macam diskriminasi, lebih-lebih yang menimpa kaum Afro-Amerika.

''Saya tahu, masyarakat seringkali membunuh orang-orang yang berusaha mengubah mereka menjadi lebih baik. Jika saya mati dengan membawa cahaya kebenaran hakiki bagi mereka, hal itu akan menghancurkan kanker rasisme yang menggerogoti tubuh Amerika Serikat (AS). Semua itu terserah kepada Allah SWT. Sementara itu, kesalahan atau kekhilafan dalam upaya saya itu semata-mata adalah dari saya sendiri.'' Demikianlah pesan terakhirnya dalam buku "Malcolm X", sebuah autobiografi yang ditulis oleh Alex Harley.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...