Sunday, May 23, 2010

BANTAH KONSERT INUL-Laksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar

INUL SUDAH DIHARAMKAN OLEH INDONESIA

Inul Daratista merupakan artis kontroversi di Indonesia mahupun di Malaysia. Genre muzik dan perwatakannya di pentas telah mengundang perasaan kurang senang di kalangan rakyat.

Ini juga dibuktikan oleh pendirian Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengatakan bahawa 'gelek gerudi' Inul cenderung kepada aksi-aksi yang mengghairahkan serta penampilannya bertentangan dengan keputusan fatwa mengenai pornografi pada Julai 2002.

Pihak berkuasa Yogyakarta pula telah mengharamkan persembahannya kerana dikhuatiri akan menjatuhkan moral masyarakat yang berpendidikan dan bertamadun. Jika di Indonesia ia boleh diharamkan, mengapa Malaysia beria-ia membenarkan konsert tersebut. Ini hanya meletakkan sangat maruah Malaysia hina pada pandangan dunia Islam. Di Keningau, kalau dilihat pelbagai masalah sosial remaja Islam terutamanya yang sangat kronik tak mampu dibendung. Memang nilai angkanya tak dapat dinyatakan di sini, namun biar pengalaman saya dan para pembaca yang menilai kebenaran ini.

INUL DAN IMEJ AGAMA

Mungkin ramai remaja yang menanti-nanti kehadiran artis tak bermoral itu datang Keningau, menggayakan aksi kuran senang pelbagaoi masyarakat Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran dan berpegang kuat dengan prinsip beragama. Soal Inul bukan hanya sekadar soal Islam...bahkan ia mampu menggugat dan menjahanamkan ajaran semua agam yang menitikberatkan nilai kemanusiaan dan tatasusila. Saya yakin banyak golongan yang mengambil neraca ini rasa tidak senang dengan kehadiran manusia memalukan ini. Jadi, mari kita sama-sama menghalang penganjuran yang tidak membawa faedah ke tempat kita merosakkan generasi kita di sini yang sememangnya semakin membimbangkan. -kalam-

BIAR IMAN MENILAI KEBENARANNYA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...