Friday, July 9, 2010

MAD'U DAN PERLUNYA DAI'E BERSAMANYA

Saya cuma menghabiskan masa-masa yang berbaki dari cuti panjang saya di rumah. Sambil-sambil memerhati kerenah anak-anak yang meninggalkan memori berharga apabila saya pulang ke kampus meneruskan perjuangan ilmu saya di UKM. Benarlah kata orang-orang tua sulu; anak penyejuk mata. Segala masalah akan hilang bila memerhatikan gelagat anak yang memang sukar dijangkakan. Bukankah mereka belum ada dosa. Bira pada waktu itu saya dihujani dengan kerumitan pemikiran dan masalah-masalah luaran yang sukar digambarkan, tetapi anak-anak dengan kerenah mereka memberikan kelegaan. Itulah fitrah hidup berkeluarga. Tetapi ramai manusia hari yang tidak mahukan anak. Buang anak. Bunuh anak. Sebaliknya yang nakkan anak, tak diberikan anak. Macam-macam ujian Allah menimpa. Namun, sejauh mana ujian tersebut dilihat sebagai ujian tanda kasih dari Allah atau sebaliknya. 

Sedar tak sedar saya sudah dihujung libur(cuti). Dua bulan bercuti memang tidak terasa jika ianya diisi dengan perkara berfaedah. Saya masih teringat ketika hari pertama kedua dan ketiga kepulangan saya ke Keningau, Sabah dalam percutian saya setelah tiga bulan berjihad di medan ilmu di UKM; setibanya saya di KKIA Terminal 2(Airasia), saya di sambut dengan isteri sekitar jam 11 malam. Setelah bersalaman kami berdua, saya terus bertanyakan tentang anak-anak yang pada ketika itu tidak kelihatan dalam kereta. "Anak di hotel. Semuanya dah tidur kepenatan." Kata isteri yang juga kelihatan penat. "Terima kasih kerana menjaga anak-anak." Balas saya yang pada ketika itu berada dalam kereta. Sempat juga waktu itu saya ungkapkan kata-kata tahniah kepadanya atas keberaniannya mendaki bukit Kimanis yang sangat menggerunkan. Untuk pertama kalinya, memang isteri saya layak diberikan ucapan anugerah itu. "Hanya Allah saja yang tahu", balasnya.

Setiba sayai di Hotel Kingston di Kota Kinabalu, saya melihat dan merenung  ketiga-tiga wajah anak-anak sumandak(perempuan yang belum berkahwin) saya yang tidur. Terubat rindu saya dengan hanya melihat wajah yang lansung tiada dosa itu. Seorang-demi seorang saya perhatikan. Berkata-kata tiba-tiba lidah hati saya ini: "Ya Allah jadikan anak-anakku ini penyejuk mata. Jadikan kami 'abi'nya dan umminya yang mithali."

Betullah apa yang telah dilakukan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna apabila beliau memasuki pusat-pusat hiburan untuk menyampaikan dakwahnya kepada mereka. Akhirnya dakwahnya diterima oleh semua lapisan masyrakat. Masyarakat pula tidak kekok untuk menerinya. Inilah kekuatan dakwah dan dai'enya. Akhirnya di berjaya memperolehi apa yang dihajatkan.

Hari pertama apabila saya cuba mendapatkan anak bongsu(setakat ini) saya; Nurul Widad Aqilah, dia cuba mengelak dan menangi. Mungin rasa takut sebab lebih dua bulan dia tidak melihat saya. Usianya waktu itu lebih kurang enam bulan. Memang dia belum dapat mengenali. Susah juga untuk menghampirinya. Setelah tiga empat hari, barulah saya lihat dia mula boleh menerima kewujudan saya saya.

Berinteraksi dengan manusia yang tidak mengenali kita adalah suatu kesukaran. Tetapi cuba untuk berinteraksi dengan seseorang yang tidak dikenali berkemungkinan akan mengundang malang. Bagaimana seorang pendakwah yang tidak memahami realiti semasa dengan maujud dipersekitarannya, besar kemungkinan dakwahnya akan ditentang ataupun sekurang-kurangnya dakwah akan menjadi hambar dan tiada rasa. Berdakwah juga suatu pengurusan organisasi. Bahan organisasi ini lebih perlu dimantapkan.  Perdakwah yang gagal mengenali mad'unya mengakibatkan dakwahnya akan terbatas. Interaksi mungkin dapat diwujudkan, tetapi bukan di atas landasan yang tepat. Akhirnya mungkin pendakwah akan didakyahkan. Ingin mengajar burung tiong bercakap, kita tak perlu menjadi burung tiong.

Teringat saya hal kejadian yang diceritakan tadi. Seorang anak, ya... anak saya, tetapi enggan dan takut disebabkan tidak mengenali. Dan kini setelah dua bulan saya bersamanya; jika saya menunjukkan memek muka marah kepadanya pun, dia hanya tersenyum atau ketawa riang. Bukan kerana dia sudah matang dan menjadi dewasa secara tiba-tiba, tetapi perkenalan ini. Dia mengenali saya lebih dari sebelum itu. Sebab itu, taaruf adalah rukun pertama dalam usrah. Saya ingat itu. Tanpa taaruf, tak akan lahir tafahum, tak akan lahir takaful.(Bukan Takaful Ikhlas atau apa-apa).

Lan pet-pet dalam filem Zoo, mampu berkomunikasi dengan binatang-binatang kesayangannya apabila di bersama mereka. Dia tidakperlu menjadi binatang-binatang itu. Walaupun saya belum melihat keseluruhan ceritanya, tetapi trailer yang ditayangkan cukup memberikan mesej bahawa mengenali adalah suatu yang penting dalam berdakwah. Apa yang lebih parah lagi kegagalan memahami pra-syarat ini, measyarakat yang sudahpun menerima dakwah ini boleh berpaling kerana kegagalan kita menguruskan taaruf ini. Burung tiong yang sudahpun boleh berkata-kata, menjadi bisu kerana kecelaruan maklumat yang diterimanya. Ruginya kita jika manusia menolak Islam kerana kegagalan kita menguruskan hal taaruf ini. Dakwah harus diurus dengan cermat

1 comment:

  1. Assalamualaikum..ustaz, kaifa haluk. baru menyinggah ke tajuk ni..Alhamdulillah..betullah apa yang ustaz coretkan mengenai keperluan mad'u kepada da'ie nya..insya ALLAH ana akan cuba jd naqibah yang terbaik..untuk blog adik2 blog team sahabat lama tak update..maaf sgt2..insya ALLAh sdikit masa lagi ana akan cuba isi..post2 terbaru.

    srikandiharapan,
    azimah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...