Sunday, July 4, 2010

12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN: Murah Hati

Alhamdulillah, hari ini saya ada sedikit kelapangan dan kekuatan untuk menyambung tugas dakwah di alam maya tanpa sempadan nie. Nak berkongsi maklumat yang dikira sangat berfaedah untuk dibincangkan dan diamalkan. Alhamdulillah, lafaz kesyukuran saya ungkapkan kerana Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk mendiskusikan topik ini di Masjid Ar-rahim, Pekan Keningau dan sudahpun tamat perbincangannya. Tetapi, perkongsian melalui penulisan ini memerlukan masa yang agak selesa dan emosi yang terjaga agar kupasannya mampu menjanjikan kehendak dari Firman Allah ini. Kini saya ingin berkongsi dengan semua pengunjung sambungan ciri-ciri ibadurrahman iaitu Murah Hati.
 Firman allah yang bermaksud: "dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."

Dr. yusof al-Qaradhawi menyatakan bahawa mengungkapkan kata-kata yang baik ertingya membebaskan perkataan dari dosa, celaan dan akibat yang kurang baik. Tidak membalas keburukan meskipun mereka mempunyai kuasa untuk membalasnya, meskipun mereka sanggup membalas satu sukatan dengan dua sukatan, meskipun mereka sanggup membalas satu tamparan dengan tamparan. Bagi Ibadurrahman, membalas sesuatu keburukan dengan sesuatu keburukan yang lain merupakan satu kebodohan.


Ibadurrahman menjiwai kata-kata sabdaan rasulullah s.a.w. ketika baginda mengumumkan sifat orang-orang yang kuat. kata nabi orang kuat ialah orang paling kuat menahan marahnya. Suatu pemikiran di luar kandang akal manusia. bahkan ia bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi sekiranya keadaan yang sudah tidak dapat dikawal dengan akal yang rasional , hanya mampu dipandu arah oleh hawa nafsu dan berimamkan bisikan syaitan. Maka, ketika itu manusia berada diruang kehinaan yang rugi. Ibadurrahman berpegang kepada Firman Tuhan yang bermaksud: "dan apabila mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata:"bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil." Bukankah ini yang dikatakan ketegasan dalam Islam. Ibadurrahman perlu bersikap tegas dari terhumban ke adalam makar jahat musuh-musuh Islam yang mampu merosakkan diri dan agamanya.

Islam tidak didirikan seiring dengan kejahilan dan kemungkaran yang ada. bahkan Islam tertegak di atas kemusnahan jahiliyah yang diruntuhkan. Kejahilan adalah punca kemurkaan Allah. Orang yang jahil dari prospektif al-Quran adalah setiap orang yang derhaka kepada Allah. Orang yang jahil bukanlah dapat dicirikan sebagai ibadurrahman kerana kejahilan adalah satu penderhakaan. Bahkan kejahilan bukanlah sekadar kebodohan tetapi keengganan kepada pengakuan ketuhanan Esa Allah Taala dan pengabdian kepada-Nya.

Sesiapa yang di dalam dirinya adalah kebaikan, tentu akan mengeluarkan. sesiapa yang di dalam dirinya hanya ada keburukan, tentu akan mengeluarkan keburukan. Inilah yang dikatan oleh Nabi Isa a.s. ketika disapa dengan seorang lelaki yang telah menghumban kepada kata-kata yang kesat dan melampau, lalu beliau menjawab: "Segala sesuatu menegeluarkan apa yang ada di dalamnya." Ibadurrahman berjiwa besar. kegentaran hanya dipasakkan kepada Alla S.W.T. semata-mata. Apa yang selainnya hanyalah makhluk yang lansung tiada tenaga dan kuasa yang mampu memanfaatkan sesiapa atau memudharatkan sesiapa.

Dr. yusof al-Qaradhawi membawa kisah-kisah yang sangat berkualiti untuk meyakinkan pembaca tentang kehebatan satu sifat iaitu murah hati. Murah hati adalah senjata yang sangat tajam. Senjata yang tidak membunuh, tetapi menghidupkan. Menghidupkan hati, menghidupkan jiwa, menghidupkan rasa, menghidupkan minda dan menghidupkan taqwa pada seseorang yang keras, yang sukar dan yang karat dengan jahiliyyah. Itulah kuasa Murah Hati. Alangkah baiknya jika kita memilikinya dan ia menjadi lambang bagi diri seorang muslim yang bergelar ibadurrahman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...