Tuesday, June 22, 2010

YAHUDI MENANG LAGI!!!!!

Kira-kira tiga minggu sebelum nie kedengaran di seluruh dunia suara teriakan mengecam kekejaman zionis Yahudi apabila Yahudi mengahalang bantuan kemanusiaan ke Gaza oleh badan-badan NGO dari seluruh dunia. Fenomena ini menggamit seluruh umat manusia yang prihatin dengan erti kemanusiaan sejagat agar bangkit dengan rasa yang sama ke arah mengancan tindakan kejam zionis itu. Bukan satu atau dua buah negara sahaja yang mengadakan demonstrasi bantahan terhadap negara haram itu, bahkan hampir keseluruhan negara termasuk negara-negara bukan Islam juga turut membuat bantahan terhadap kekejaman tersebut. Bagi umat Islam, peristiwa itu merupakan sejarah penting untuk sekian kalinya menjadi bukti kejahatan dan kekejaman Zionis. Ada yang memberikan ancaman bahawa Yahudi seharusnya diajar dengan senjata. Pendek kata, memang bersemangat.

Tetapi suara pekikan itu kini berubah rentak dan gayanya, bunyinya pun dan macam tak seperti sebelum ini. Laungan Takbir yang sebelum ini begitu bersemangat dilaungkan oleh peserta-peserta demonstrasi bantahan kekejaman Yahudi itu, kini lenyap. Kedengaran bunyi pekikan gooooooooollll kini riuh di kedai-kedai kopi di tepi jalan, tak kurang juga rumah-rumah persendirian dijadikan markas menonton perlawanan bola sepak. Pengusaha gerai-gerai makanan pula mencari untung dengan fenomena ini. Kalau dulu, TV yang diletakkan di kedainya sebesar 21 inci atau 42 inci tetapi kini bukan lagi TV tetapi LCD projektor menjad terikan manusia. Tetapi memang berbaloi.

Sekali pandang, memang pandai Yahudi punya perancangan untuk melalaikan dan melalikan umat Islam tentang tanggungjawab mereka kepada saudara seagama mereka. Tetapi, kalau dua kali pandang, memang Yahudi ni pandai sehinggakan umat Islam yang dulunya mengutuk kekejaman mereka, tetapi kini sanggup 'berkiblatkan' TV untuk menonton perlawanan bola World Cup sehingga ke pagi. Apatah lagi kalau pasukan yang akan bermain tu merupakan pasukan kegemarannya. Alamatnya....memang tak berganjak dari malam sampai pagi.

Ada kebenarannya apabila saya menonton satu iklan di mana bapanya terpaksa 'berperang' dengan anaknya untuk menonton TV sehinggakan terpaksa membuat giliran menonton. Dan itu yang saya dengar dari perbualan rakan-rakan saya tentang rancangan paling diminati manusia dunia ini. "Aku terpaksa berperang dengan anak bila nak tengok bola....huhuhuhu, anak nak tengok kartun....Bapa nak tengok bola". Memang melucukan, tetapi itulah realitinya hari ini. Apabila umat Islam bagai buih di lautan...akibatnya datang saja isu pasal Palestin mulalah dia bersemangat 'giler", tapi bila datang musim Akademi Fantasia, dia pun sama-sama naik tocang jadi 'giler' juga.

BOLA= Banyak Orang Lupa Allah. Betulkah?. Orang sanggup berjaga malam untuk tonton perlawan bola sepak. Tapi tak tanggup bangun tahajud dengan hanya 2 rakaat. Malah ada yang tak sempat solat fardhu kerana bimbang ketinggalan permainan penting pasukan pilihannya. Tak sanggup ke masjid sebab perlawanan bermula jam 7.30 malam. Memang dah kronik umat Islam hari ni. Umat Islam kini dihinggapi oleh penyakit yang pernah disebut junjungan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith:

Hadis 08

Ertinya:

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? ” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.

Penyakit ini tak boleh dihantar di hospital. Tak dapat dirawat oleh doktor-doktor dari hospital-hospital kerajaan atau swasta. Tetapi penyakit ini berpunc
a dari hati. Ubatnya dan tempat rawatannya juga hati. Hanya agama yang dapat mengubahnya.

Hari ini, Yahudi bertepuk tangan untuk ke sekian kalinya. Semangat umat Islam hari ini bagaikan hangat-hangat tahi ayam....

Kembalikan kegemilangan Islam. Lihatlah betapa hari ini, tanggungjawab persaudaraan sesama aqidah yang sudah diabaikan. Kesatuan atas nama BOLA akan menjerumuskan kita ke dalam perangkap Yahudi yang sentiasa menanti kelalaian umat Islam. Akhirnya umat Islam 'buta' agama, 'celik' maksiat.

Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari bakaran api neraka...

Kembalilah kepada Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...