Wednesday, June 2, 2010

KEKEJAMAN YAHUDIA DAN KEBANGKITAN ISLAM


Alhamdulillah. Seluruh rakyat Malaysia turut merasakan syukur di atas berita keselamatan 12 orang sukarelawan berani syahid yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza(LL4G). Berita serangan tentera laknatullah zionis Yahudi membangitkan kemarahan umat manusia seluruh dunia. Misi yang hanya bermatlamatkan bantuan kemanusiaan itu diukur sebagai senjata berbahaya oleh zionis sehingga layanannya juga bagaikan pengganas. Ketika sukarelawan berani syahid itu sedang bertarung dengan keganasan Yahudi, umat Islam di seluruh dunia digesa memohon kepada Allah agar menurunkan pertolongan dan bantuan kepada para sukarelawan. Bukan sekadar di Malaysia, bahkan seluruh dunia, umat Islam mengerjakan solat sunat hajat dan qunut nazilah. Demonstrasi mega dianjurkan sebagai luahan rasa tidak puas hati dan tanda kemarahan umat manusia terhadap kekejaman Yahudi laknatullah. Setiap negara....tidak sedikit jumlahnya yag terlibat...bahkan hampir semua penduduk dunia memprotes tindakan Yahudi.

KEBANGKITAN UMAT ISLAM DAN KEBERKATAN KHILAFAH

Fenomena ini, menggamit umat manusia agar meneropong sejarah keagungan khilafah Islamiyyah yang menjadi mercu kesatuan umat Islam dan seluruhnya suatu ketika dahulu. Manusia bernaung di bawah sistem khilafah. Sistem yang meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dasar negara dan pemerintahan serta syura sebagai asas menetukan keputusan. Saya merasa sangat kagum apabila umat manusia hari mula bangkit dengan isu kemanusiaan terhadap rakyat Palestin. Tertanya saya dalam hati, sebenarnya inilah kekuatan umat Islam yang sebelum ini menyendiri, terpisah dengan blok negara bangsa acuan Yahudi setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah dan munculnya tokoh kezaliman manusia Mustafa Kamal Attartuk. Kebangkitan sewajibnya berterusan sehingga tertegaknya semula khilafah ini. Biar tragedi ini dinilai suatu yang menyayatkan namun pengorbanan mereka yang pergi sebagai syahid dalam konvoi itu ammpu membakar kebangkitan umat Islam seleuruhnya. Menyelak kisah ashabul al-Ukhdud yang terpaksa mengorbankan seorang remaja berani syahid yang akhirnya mampu memasakkan aqidah seluruh masyarakatnya.

KEBANGKITAN ISLAM

Sudah sampai masanya umat Islam menggabungkan kekuatan spritual dan material menggulingkan kezaliman kuasa kejam zionis dan sekutunya. Kita bukan manusia murahan bahkan kita adalah insanmulia seperti mana yang dijanjikan Allah. "Dan kamu adalah tinggi seandainya kamu beriman". Doa kita bukan sekadar untuk peserta konvoi, bahkan untuk kebangkitan Umat Islam seluruhnya. Kita bukan bangkit kerana isu. tapi kita bangkit kerana aqidah kita dicalar-balarkan dan dirobek oleh mereka yang kejam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...