Saturday, July 31, 2010

RAMADHAN: Bulan Ibadah vs Bulah Juadah

Seringkali Rasulullah s.a.w.  berdoa dengan sabda baginda yang bermaksud:

 “Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab ini dan juga bulan Sya’ban, serta sampaikan aku ke bulan Ramadhan.”

Rasulullah s.a.w.  selalu membacakan doa ini agar dipanjangkan usia dan diberikan peluang untuk menghadapi bulan Ramadhan. Ramadhan yang sangat terkenal dengan bulan keampunan dan rahmat Allah S.W.T.  akan dicurahkan dengan sebanyak-banyaknya. Bagi yang merinduinya, akan terus tidak sabar menanti kehadirannya. Tetapi, berapa ramai umat Islam hari ini yang tidak sabar menanti bulan ini disebabkan rasa ghairah dengan anugerah rahmat dan maghfirah Allah S.W.T.  dalam bulan ini? Atau pun disebabkan oleh rasa ghairah dengan juadah terhidang.

Susah nak jadi seperti Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Penantian bulan Ramadhan adalah disebabkan rasa rindu yang mendalam terhadap janji Allah S.W.T.  dan rasul-Nya. Dengan satu kepastian yang tidak dapat digoyahkan lagi bahawa di dalam bulan ini pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya, pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya bahkan syaitan-syaitan akan dibelenggu. Maka, pada bulan ini ramailah di kalangan umat Islam yang beriman akan mempertingkatkan amal ibadah mereka. Ungkapan yang pasti itu lahir dari lidah seorang rasul.

Friday, July 9, 2010

MAD'U DAN PERLUNYA DAI'E BERSAMANYA

Saya cuma menghabiskan masa-masa yang berbaki dari cuti panjang saya di rumah. Sambil-sambil memerhati kerenah anak-anak yang meninggalkan memori berharga apabila saya pulang ke kampus meneruskan perjuangan ilmu saya di UKM. Benarlah kata orang-orang tua sulu; anak penyejuk mata. Segala masalah akan hilang bila memerhatikan gelagat anak yang memang sukar dijangkakan. Bukankah mereka belum ada dosa. Bira pada waktu itu saya dihujani dengan kerumitan pemikiran dan masalah-masalah luaran yang sukar digambarkan, tetapi anak-anak dengan kerenah mereka memberikan kelegaan. Itulah fitrah hidup berkeluarga. Tetapi ramai manusia hari yang tidak mahukan anak. Buang anak. Bunuh anak. Sebaliknya yang nakkan anak, tak diberikan anak. Macam-macam ujian Allah menimpa. Namun, sejauh mana ujian tersebut dilihat sebagai ujian tanda kasih dari Allah atau sebaliknya. 

Sedar tak sedar saya sudah dihujung libur(cuti). Dua bulan bercuti memang tidak terasa jika ianya diisi dengan perkara berfaedah. Saya masih teringat ketika hari pertama kedua dan ketiga kepulangan saya ke Keningau, Sabah dalam percutian saya setelah tiga bulan berjihad di medan ilmu di UKM; setibanya saya di KKIA Terminal 2(Airasia), saya di sambut dengan isteri sekitar jam 11 malam. Setelah bersalaman kami berdua, saya terus bertanyakan tentang anak-anak yang pada ketika itu tidak kelihatan dalam kereta. "Anak di hotel. Semuanya dah tidur kepenatan." Kata isteri yang juga kelihatan penat. "Terima kasih kerana menjaga anak-anak." Balas saya yang pada ketika itu berada dalam kereta. Sempat juga waktu itu saya ungkapkan kata-kata tahniah kepadanya atas keberaniannya mendaki bukit Kimanis yang sangat menggerunkan. Untuk pertama kalinya, memang isteri saya layak diberikan ucapan anugerah itu. "Hanya Allah saja yang tahu", balasnya.

Sunday, July 4, 2010

12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN: Murah Hati

Alhamdulillah, hari ini saya ada sedikit kelapangan dan kekuatan untuk menyambung tugas dakwah di alam maya tanpa sempadan nie. Nak berkongsi maklumat yang dikira sangat berfaedah untuk dibincangkan dan diamalkan. Alhamdulillah, lafaz kesyukuran saya ungkapkan kerana Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk mendiskusikan topik ini di Masjid Ar-rahim, Pekan Keningau dan sudahpun tamat perbincangannya. Tetapi, perkongsian melalui penulisan ini memerlukan masa yang agak selesa dan emosi yang terjaga agar kupasannya mampu menjanjikan kehendak dari Firman Allah ini. Kini saya ingin berkongsi dengan semua pengunjung sambungan ciri-ciri ibadurrahman iaitu Murah Hati.
 Firman allah yang bermaksud: "dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."

Dr. yusof al-Qaradhawi menyatakan bahawa mengungkapkan kata-kata yang baik ertingya membebaskan perkataan dari dosa, celaan dan akibat yang kurang baik. Tidak membalas keburukan meskipun mereka mempunyai kuasa untuk membalasnya, meskipun mereka sanggup membalas satu sukatan dengan dua sukatan, meskipun mereka sanggup membalas satu tamparan dengan tamparan. Bagi Ibadurrahman, membalas sesuatu keburukan dengan sesuatu keburukan yang lain merupakan satu kebodohan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...